Monday, November 30, 2009

PELBAGAI DOA HADAPI PEPERIKSAAN

Doa Penerang Hati

Amalkan doa ini setiap kali hendak menelaah pelajaran.
Jangan lupa membacanya apabila berada di dalam kelas dan dewan
peperiksaan.

"Ya Allah! Bukakanlah hikmat-Mu dan turunkanlah rahmat dari
khazanah-Mu itu kepada kami.
Ya Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Doa Minta Tambah Ilmu

Sangat elok diamalkan untuk mendapat ilham-ilham
yang baik agar boleh diperturunkan ke dalam kertas jawapan. Doanya:

"Ya Tuhanku, jadikanlah aku berguna untuk masyarakat dengan ilmu
yang engkau berikan kepadaku, dan berikan aku ilmu yang berguna bagi diriku.
Dan kurniakanlah aku pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahkan
aku ilmu pengetahuan."


Doa Mudah Menghafaz

Usaha menghafaz kadang-kadang menjemukan, malah ada kalanya
boleh membosankan jika perkara yang dihafaz tidak mahu lekat di minda. Amalkan doa ini semoga Allah s.w.t. mempermudahkan:

"Ya Allah, kurniakanlah kami fahaman Nabi-nabi dan hafazan para Rasul
serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir dengan-Mu,
kurniakanlah kami kesihatan Wahai Yang Amat Mengasihani."




Sunday, November 29, 2009

FADILAT ILMU

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku ialah perbendaharaan ilmu dan Ali pintunya."
Apabila didengar oleh orang khuwarij,terada hasad dihati mereka.
Mereka berkumpul meminta Sayidina Ali menjawab 10 soalan:
"Mana lebih afdal, harta atau ilmu?"
Jawab Ali, ilmu. Dalilnya:
  1. Ilmu pakaian Anbia, harta pakaian Qarun, Syadad Firaun.
  2. Ilmu memelihara akan harta, kamu memelihara akan harta.
  3. Yang mempunyai ilmu banyak sahabat, banyak harta, banyak musuhnya.
  4. Ilmu apabila diberikan kepada orang bertambah, harta apabila dibahagikan semakin kurang.
  5. Ilmu diseru dengan nama mulia, yang banyak harta dipanggil harta dan cela.
  6. Ilmu tidak payah dipelihara daripada pencuri, harta menarik perhatian pencuri.
  7. Ilmu diakhirat mencari syafaat, harta dihisab akan ia.
  8. Ilmu tidak dibinasa kerana lama masa, harta binasa kerana lama masa.
  9. Ilmu menerangkan hati, harta mengeraskan hati.
  10. Ilmu mendakwakan kehambaan, yang mempunyai harta mendakwakan ketuhanan dan kebesaran.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Belajarlah kamu akan ilmu, belajar ilmu itu kebajikan, menuntut akan ia itu ibadat, muzakarah ilmu itu tasbih, hujahnya pada ilmu itu jihad dan mengerjakan bagi yang tahu itu sedekah."

NICE SMILES....

"Ukirlah senyuman yang paling manis,kerana selain sedekah...
senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati...
dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi
menjadi penawar hati yang sakit"

SATU PERJUANGAN





Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar...

bahawa jiwa kau tak boleh lama-lama menjadi remaja...

bak kata AL BANNA.,

'Tanggungjawab melebihi masa yang ada'...

dan tarbiyah yang bersalutkan

ilmu dan cabaranlah yang dapat mendewasakan kau...

tapi cukupkah jika sekadar menerima tarbiyah?

sampaikanlah pada yang lain...

bangunlah wahai SYABAB,..

sedarlah wahai FATAYAT,..

kalian bukan memulakan perjuangan

tapi kalian adalah mata-mata yang menyambung

rantai perjuangan...

Friday, November 27, 2009

Sunday, November 22, 2009

AHLAN WA SAHLAN

Salam n hai sume...ni first blog tau=,) xtau nk tuls ape..huhu.actually,baru2 ni aku join prog kbm bt kli ke2..prog kbm 2 bt kt kem desa cempaka,peserta2 dr smk tnjung lumpr.bdk2 kt sn sporting jgk la..huhu