Sunday, November 29, 2009

FADILAT ILMU

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Aku ialah perbendaharaan ilmu dan Ali pintunya."
Apabila didengar oleh orang khuwarij,terada hasad dihati mereka.
Mereka berkumpul meminta Sayidina Ali menjawab 10 soalan:
"Mana lebih afdal, harta atau ilmu?"
Jawab Ali, ilmu. Dalilnya:
  1. Ilmu pakaian Anbia, harta pakaian Qarun, Syadad Firaun.
  2. Ilmu memelihara akan harta, kamu memelihara akan harta.
  3. Yang mempunyai ilmu banyak sahabat, banyak harta, banyak musuhnya.
  4. Ilmu apabila diberikan kepada orang bertambah, harta apabila dibahagikan semakin kurang.
  5. Ilmu diseru dengan nama mulia, yang banyak harta dipanggil harta dan cela.
  6. Ilmu tidak payah dipelihara daripada pencuri, harta menarik perhatian pencuri.
  7. Ilmu diakhirat mencari syafaat, harta dihisab akan ia.
  8. Ilmu tidak dibinasa kerana lama masa, harta binasa kerana lama masa.
  9. Ilmu menerangkan hati, harta mengeraskan hati.
  10. Ilmu mendakwakan kehambaan, yang mempunyai harta mendakwakan ketuhanan dan kebesaran.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Belajarlah kamu akan ilmu, belajar ilmu itu kebajikan, menuntut akan ia itu ibadat, muzakarah ilmu itu tasbih, hujahnya pada ilmu itu jihad dan mengerjakan bagi yang tahu itu sedekah."

No comments:

Post a Comment